Mengenai Saya

Foto saya
Denpasar, BALI, Indonesia

Selasa, 13 April 2010

BASIC

BASIC adalah ringkasan kepada Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code, yang merujuk kepada kod arahan simbol bagi asas semua tujuan. Ia merujuk kepada bahasa komputer yang digunakan bagi memberi arahan dan mengawal komputer. Ia dicipta oleh John George Kemeny dan Thomas Eugene Kurtz di Kolej Dartmouth, Hanover, New Hampshire pada 1963 untuk membolehkan pelajar bukan bidang sains menggunakan komputer. Pada masa itu, penggunaan komputer memerlukan penulisan perisian sendiri, sesuatu yang biasanya hanya dilakukan ahli sains dan matematik.

Bahasa pengaturcaraan BASIC yang awal menggunakan pentafsir yang menafsir aturcara BASIC baris demi baris. Lihat

Bahasa BASIC yang asal direka oleh John Kemeney dan Thomas Kurtz pada 1963.

Lapan rukun BASIC adalah:

  1. Mudah digunakan walaupun oleh pengguna baru
  2. Merupakan Bahasa aturcara untuk pelbagai kegunaan
  3. Membenarkan ciri-ciri yang canggih ditambah untuk kegunaan mereka yang pakar (dengan mengekalkan faktor kemudahannya)
  4. Bersifat interaktif
  5. Menyediakan makluman kesalahan yang jelas dan mesra
  6. Aturcara kecil dijalankan dengan pantas
  7. Tidak memerlukan kefahaman tentang perkakasan komputer
  8. Memisahkan pengguna dari sistem pengendali

Antara pentafsir untuk pengguna Komputer Micro yang awal adalah seperti Atari BASIC, Apple II BASIC dan GWBASIC.

GWBASIC adalah pentafsir yang dihasilkan oleh Microsoft untuk IBM PC serta sistem yang serasi dengannya.

Tidak ada komentar: